What is supposed to happen in 2012?Four predictions
“An imminent polar reversal that will wipe our hard drives clean.”
Daniel Pinchbeck
“The rare celestial alignment of our solar system, our sun, and
our planet with the center of our galaxy—an event that will
not happen again for another 26,000 years.”
Gregg Braden
The “dawning of a Wisdom Age … standing on the shoulders of
the Information Age.”
Peter Russell
“The December 21, 2012, date will likely be a “nonevent” similar to
… the widely anticipated Y2K phenomenon.”
Robert K. Sitler
Frasa 2012 memang menjadi bualan dek kerana tahun keramat ini dikatakan akan berlakunya kiamat.Hal ini telah menjadi isu kerana beberapa hipotesis menyatakan bahawa kaum mayans purba meramalkan peristiwa kiamat akan berlaku di sekeliling musim sejuk solstis 2012.
Dari segi pemahaman Islam,hari kiamat pasti akan berlaku dan merupakan perkara yang akan membuatkan seluruh dunia hancur.
"Hari Kiamat merupakan hari yang digambarkan sebagai musnahnya seluruh alam dan bumi dan kebangkitan semula. Kiamat berasal dari perkataan bahasa Arab iaitu قيام yang bermaksud bangkit atau bangun. Ia merupakan satu kepercayaan dalam agama samawi, termasuk Yahudi, Kristian dan Islam."-sumber http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanda-tanda_Kiamat
Nama-nama hari kiamat dalam Islam
Nama-nama tersebut disebut dalam al-Quran:
Rumi (transliterasi) | Arab | Terjemahan |
---|---|---|
Yawm al-Qiyāmaṯ | يوم القيامة | Hari kebangkitan |
al-Sā'aṯ | الساعة | Waktu |
Yawm al-Akhīr | يوم الآخر | Hari Akhir |
Yawm al-Dīn | يوم الدين | Hari akhir (agama) |
Yawm al-Faṣl | يوم الفصل | Hari keputusan |
Yawm al-Ḥisāb | يوم الحساب | Hari perhitungan |
Yawm al-Fatḥ | يوم الفتح | Hari pengadilan |
Yawm al-Talāq | يوم التلاق | Hari perpisahan |
Yawm al-Jam'(i) | يوم الجمع | Hari pengumpulan |
Yawm al-Khulūd | يوم الخلود | Hari kekekalan |
Yawm al-Khurūj | يوم الخروج | Hari Keluar |
Yawm al-Ba'th | يوم البعث | Hari Kebangkitan |
Yawm al-Ḥasraṯ | يوم الحسرة | Hari penyesalan |
Yawm al-Tanād | يوم التناد | Hari pemanggilan |
Yawm al-Āzifaṯ | يوم الآزفة | Hari mendekat |
Yawm al-Taghābun | يوم التغابن | Hari terbukanya aib |
Yawm al-Wa'īd | يوم الوعيد | |
Yawm al-Aẕīm | اليوم العظيم | Hari agung |
al-Yawm al-Masyhūd | اليوم المشهود | Hari penyaksian |
al-Qāri’aṯ | القارعة | Bencana yang menggetarkan |
al-Ghāsyiaṯ | الغاشية | Bencana yang tak tertahankan |
al-Ṣākhkhaṯ | الصاخة | Bencana yang memilukan |
al-Tāmmaṯ al-Kubrā | الطامة الكبرى | Bencana yang melanda |
al-Ḥāqqaṯ | الحاقة | Kebenaran besar |
al-Wāqi'aṯ | الواقعة | Peristiwa besar |
Tanda-tanda Kiamat menurut agama Islam merupakan suatu petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya Hari Kiamat. Bermula dengan tanda-tanda kecil dan kemudian disusuli dengan tanda-tanda besar.
Tanda-tanda besar
- Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
- Lahirnya Dajjal.
- Keluar asap tebal.
- Turunnya Nabi Isa a.s.
- Kemunculan Imam Mahdi.
- Matahari terbit dari ufuk barat.
- Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
- Diangkat al-Quran dan perkara-perkara yang baik
- Runtuhnya Ka'abah
- Terdengar tiupan sangkakala pertama.
- Ada azan tak di jawab
- 3 kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat, dan yang ketiga di Semenanjung Arab.
Tanda-tanda kecil diantaranya:
Penaklukan Baitulmuqaddis
Zina bermaharajalela
Bermaharajalela alat muzik
Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
Banyaknya berlaku gempa bumi
Menurut pendapat saya,hari kiamat atau hari kehancuran memang wujud tetapi tidak siapa tahu akan bila tarikhnya.Jadi para saintis telah membuat pelbagai kajian mengenai perkara tersebut.Perkara ini terlalu sensitif untuk dibincangkan kerana masih tidak mendapat bukti kukuh akan bila berlakunya kiamat.Tetapi sebagai umat Islam kita perlu mempercayainya.Hari kehancuran dunia akan tetap berlaku dan perkara ini membuktikan bahawa setiap umatnya perlu mengingati yang siapa sahaja yang hidup di dunia ini pasti akan mati suatu hari nanti.
Kenyataan ini akan membuatkan kita lebih banyak untuk melakukan kebaikan dan yakin bahawa kehancuran dunia akan wujud tidak kira bila pun tarikhnya.Walaupun tiada tarikh yang pasti akan hal ini,tetapi tanda-tanda kiamat sudah terbukti membuatkan kita lebih dekat dengan hari kiamat.
Sebagai contoh,antara salah satu tanda-tanda kecil hari kiamat ialah banyaknya berlaku gempa bumi.Hal ini dapat kita lihat betapa kerap gempa bumi berlaku pada masa ini.
Antara gempa bumi yang terbaru berlaku di Indonesia dan Filipina.
Gempa bumi sederhana landa Luzon
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter melanda Luzon, Kepulauan Filipina pada 6.30 petang tadi.
2010/11/10
Jabatan Meteorologi Malaysia, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan pusat gempa itu terletak di 110 kilometer (km) Barat Laut Manila dan kira-kira 942 km Timur Laut Kudat, Sabah.Gempa bumi itu bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami. - BERNAMA
Gempa sederhana landa Selatan Jawa
2010/11/09
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata pusat gempa itu terletak di 124 km barat daya Yogyakarta, kira-kira 1,103km selatan Tebedu di Sarawak.
Oleh itu,isu ini memang sangat subjektif untuk dibincangkan,semuanaya bergantung kepada individu itu sendiri untuk mengemukakan pendapatnya.Bagi saya 2012 itu hanyalah satu andaian tarikh.Hari sebenarnya belum tentu akan diketahui.Jadi Bergantung kepada individu itu sendiri untuk mengklasifikasikan isu ini.Masing-masing mempunyai kepercayaan dan teori sendiri.Natijah nya masih belum diketahui.
No comments:
Post a Comment